3 Pekara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Rumah

Memilih adalah satu perbuatan yang amat sukar sukar dilakukan jika kita tidak dilengkapi dengan maklumat yang betul dan mencukupi.  Antara dua kenderaan pilihan hati, contohnya, Mercedes dan BMW, yang mana satu nak pilih?

Mestilah kita melihat spesifikasi kenderaan tersebut berdasarkan keperluan kita. Katakan kita perlu ruang yang luas dan tinggi, boleh memuatkan 5 orang pada satu masa, jimat minyak, selesa dan bergaya dan dalam budget yang telah disediakan.

Banyak lagi pertimbangan yang nak dilakukan sebelum membuat pemilihan. Dari A sampai Z.

Begitu juga dengan membeli rumah. Banyak perkara yang perlu di timbang tara sesuai dengan keperluan dan kemampuan kita. Sehubungan dengan itu, artikel ini memberikan 3 pekara yang perlu di pertimbangkan sebelum membeli rumah idaman.

1. Sebelum mencari rumah idaman yang sesuai, terlebih dahulu anda perlu “Ukur Baju Di Badan Sendiri”  terlebih dahulu.

Majoritinya akan memilih untuk membuat pinjaman daripada bank kerana tidak mampu untuk membeli dengan wang tunai. Jadi, berapakah kemampuan anda untuk membayar pinjaman perumahan setiap bulan untuk 30 tahun berikutnya.

Untuk mendapatkan ukuran kemampuan anda, apa yang anda boleh lakukan adalah pergi ke mana-mana cawangan bank sesuai dengan jiwa anda dan katakan kepada pegawai yang berkaitan untuk melakukan periksa “Availability” untuk pembiayaan perumahan.

Ini dilakukan untuk melihat kemampuan kita membuat pembiayaan perumahan.

Pergawai berkenaan akan mengemukkan persoalan yang berkaitan untuk dimasukkan kedalam satu sistem pengiraan. Pengiraan ini akan menentukan kemampuan kita  untuk membuat pembiayaan (Islamik) atau pinjaman (Konvesional) yang dikira secara kasar berdasarkan Debt Servicec Ratio (DSR) yang ditentukan oleh bank tersebut.

2. Apabila mendapat satu ukur tanda kemampuan kita, barulah mencari rumah idaman berdasarkan ukur tanda kemampuan tersebut.

Ukur tanda tersebut adalah berdasarkan kemampuan kita untuk membayar pinjaman perumahan bulanan.

Anda seharusnya mengikut tanda aras kemampuan ini untuk mengelakkan masalah yang akan muncul jika kita melebihi tanda aras yang ditetapkan.

3. Pemilihan Lokasi

Lokasi pemilihan rumah yang terbaik adalah kawasanya berhampiran dengan tempat kerja anda, tempat membeli barangan keperluan, masjid, sekolah dan lain-lain tempat-tempat penting yang sering anda singgah untuk menjimatkan kos sara hidup.

Membeli amat mudah, tapi jangan terburu-buru membuat keputusan tanpa melakukan sedikit kajian ringan berdasarkan keperluan dan kemampuan anda.

Seboleh-bolehnya, dapatkan panduan membeli rumah atau dalami ilmu pelaburan hartnah untuk mengelakkan anda daripada kerugian atau penipuan ini kerana setelah anda menandatangani perjanjian pembiayaan perumahan, maka anda perlu memberi komitment selama 30 tahun untuk membayarnya kembali.

p.s, simpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*