Ilmu Pelaburan Hartanah Untuk Usahawan Muda

Anda baru sahaja tamat pengajian dan cita-cita anda bukanlah hendak menjadi seorang arkitek, doktor, jurutera atau apa-apa sahaja pekerjaan yang setanding dengan kelayakkan ijazah anda.

Sebaliknya, anda ingin menjadi seorang usahawan.

Apakah bidang yang ingin anda ceburi? Adakah ianya berdasarkan minat? Adakah ianya berdasarkan kehendak orang lain? Adakah berdasarkan peluang? Adakah berdasarkan potensi keuntungan?

Walau apapun sebabnya, pernahkah anda terfikir untuk menjadi usahawan hartanah? Katakan anda pernah terfikir atau terniat, pastinya timbul persoalan bagaimana hendak bermula dan apakah langkah pertama yang hendak diambil.

Dalam apa-apa bidang perniagaan sekalipun, perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah ilmu berkenaan perniagaan tersebut. Tidak kira apa jenis perniagaan, pengetahuan asas mengenai bidang perniagaan yang ingin anda ceburi perlu bagi mengelakkan berlakunya kegagalan kelak.

Ilmu Itu Kunci Kejayaan

Baru-baru ini, saya bertanya kepada seorang pegawai khidmat pemasaran mengenai iphone 5. Saya bertanya kepada beliau, bilakah ianya akan mula dijual di kawasan tempat saya tinggal.

Katanya, mereka belum dapat menjualnya kerana sales officer mereka belum mengambil ujian mengenai produk tersebut. Mereka perlu mengambil ujian dan lulus terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menjual di lokasi berkenaan.

Tambanya, ianya perlu kerana sales officer perlu cekap menjawab persoalan pelanggan mengenai iphone 5 supaya mudah untuk meyakinkan pelanggan bahawa iphone 5 yang bakal mereka beli adalah yang terbaik, disamping melariskan jualan.

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan mengenai produk atau perniagaan yang akan anda jalankan.

Kembali kepada bisnes pelaburan. Ini bukan satu bidang perniagaan yang boleh dipandang sebelah mata kerana ianya melibatkan pelbagai pihak dan undang-undang.

Lebih-lebih lagi modal yang bakal dilaburkan bukannya “One Time Fee”.

Dalami Ilmu Pelabuaran Hartanah Sebelum Menerjah

Anda perlu terlebih dahulu mengenali dan mendalami ilmu pendidikan pelaburan hartanah. Banyak maklumat yang anda boleh perolehi dari internet. Tips, strategi, teknik… macam-macam pendapat terdapat di internet, bagaimana untuk memulakan perniagaan ini.

Silap-silap anda boleh jadi “information overload” dan akhirnya menjadi kaku kerana keliru dengan 1001 tips dan strategi. Sekejap maklumat yang diperolehi dari individu “A” berkata buat begini, info dari “B” pula kata buat begitu, “C” pula jangan ikut langkah dari “A” dan “B”.

Jadi, yang mana satu nak ikut?

Setiap individu mempunyai informasi berbeza berdasarkan pengalaman. Kebarangkaliannya, semua maklumat disampaikan betul, cuma kita sahaja tidak pasti yang mana satu perlu diambil untuk tindakan.

Cara terbaik adalah mengelakkan information overload adalah mengumpul semua maklumat yang diperolehi, kemudian membuat analisa berdasarkan keadaan semasa anda pada masa itu. Kategorikannya dari “Mudah” hingga “Sukar” untuk dilaksanakan.

Bandingkan setiap maklumat dan dapatkan yang terbaik, kemudian bertindak atas pilihan maklumat. Teknik ini boleh digunakan jika anda tiada mentor.

Tetapi,  sebaik-baiknya adalah cuba mendapatkan  seorang mentor yang berjaya untuk membimbingi ke arah yang betul.

Mereka ini dapat membantu memberi “jumpstart” dengan menujukkan laluan yang betul dan mengelakkan kesilapan yang sentiasa dilakukan oleh usahawan muda yang baru.

Adakah bisnes pelaburan hartanah untuk orang yang berpoket penuh?

Tidak sama sekali.

Tetapkan Matlamat Dalam Memulakan Pelaburan Hartanah

Dengan ilmu pengetahuan, mindset dan matlamat yang betul,  orang yang bergaji kurang dari RM1000 mampu memulakan pelaburan hartanah.

Contoh mindset yang boleh anda tetapkan adalah membeli rumah untuk kegunaan sendiri. Dapatkan sebuah rumah yang selesa untuk anda dan juga mampu untuk dimiliki untuk orang lain pada kemudian hari.

Ianya sebagai permulaan kepada anda untuk pelaburan yang lebih besar. Mulakan yang kecil baru beralih kepada pelaburan yang lebih besar.

Saya beri satu contoh.

Katakanlah, anda berkerja dan pada ketika ini, sedang menyewa sebuah rumah. Sewa rumah biasanya antara RM500 ke atas.

Pernah tak anda terfikir, jika wang yang digunakan untuk membayar sewa sebaliknya digunakan untuk membayar pinjaman perumahan, bukankah lebih jimat dan menguntungkan? Bukankah sebaik sahaja anda menandatangani kontrak sewa-beli, anda sudah memiliki sebuah rumah?

Purata individu bekerja untuk menetap di satu kawasan adalah antara 3 hingga 5 tahun sebelum mohon atau ditawarkan untuk pindah (untuk mereka yang berkerja dengan kerajaan).

Selepas 5 tahun, anda telah habis bayar separuh dan rumah tersebut masih milik anda. Tapi jika selepas 5 tahun anda membayar sewa rumah, apa yang akan dapat?

“Nothing”.

Jadi, jika anda pindah, apa yang anda boleh buat?

Sewakan sahaja untuk menjana pendapatan bulanan. Anda boleh sewakan kepada

  • Untuk eksekutif baru
  • Untuk pasangan baru berkahwin
  • Untuk pegawai Syarikat

Kata orang,

“Start Small Befor Going For The Big Fish”

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*