Tip Pelaburan Hartanah Untuk Mereka Yang Tidak Bergaji Tinggi

Bolehkah seseorang yang berpendapatan kurang dari RM1000 berjaya dalam perniagaan hartanah? Adakah ianya mustahil?

Teruskan membaca artikel ini.

 

Tip #1 Keinginan Untuk Berjaya

Ramai yang berpendapat bisnes hartanah ini adalah mainan orang kaya ataupun mereka yang mempunyai simpanan wang yang banyak.

Ada juga berpendapat, untuk memulakan perniagaan hartanah memerlukan modal yang cukup besar, untuk membeli sebuah rumah atau condominium dengan wang tunai.
Ada juga berpendapat, mereka yang berjaya dalam perniagaan sahaja boleh memulakan perniagaan hartanah. Yelah, sebab mereka “berduit”, jadi boleh lah beli rumah bunglo besar-besar.

Ataupun mereka yang bekerja dan menerima gaji yang lumayan sahaja mampu memiliki hartanah. Tanggapan itu salah sebenarnya. Mereka yang bergaji rendah juga mampu sebenarnya.

Sebenarnya, semuanya bermula dengan kehendak dan keinginan.

Jika anda pernah baca buku “Rich Dad, Poor Dad (Robert Kiyosaki)”, “Think And Grow Rich (Napoleon Hill”, atau “Think Big(Donald Trump)”, mereka memberikan beberapa contoh bagaimana orang yang bergaji rendah akhirnya menjadi jutawan dan hartawan.

Mereka semua mengajarkan kepada anda supaya membuat satu azam dan alang-alang berazam, azamkan sesuatu yang besar. Mereka juga mengatakan bahawa, jika anda nak berfikir, alang-alang, fikirkan sesuatu yang besar.

Jangan risau jika ianya mengambil masa 3 hingga 10 tahun untuk mencapai impian, jika kita menetapkan matlamat, jangka masa yang diambil untuk dicapai, berbaloi apabila kita melihat  kembali liku-liku dan cabaran yang dihadapi.

Terdapat satu kes study yang menarik perhatian saya. Seorang wanita biasa yang berlatar belakang pendidikan cemerlang, bermula dari seorang pekerja biasa dan akhirnya menjadi seorang usahawan dan hartawan.

Dikenali sebagai Pn. Rosmawati, beliau bermula dari seorang yang makan gaji,seorang pembantu tadika  dengan pendapatan RM600 sebulan akhirnya mempunyai harta bernilai Rm 6 juta. Anda boleh baca kisah beliau disini.

Apa yang anda boleh dapat daripada beliau adalah usaha dan kegigihan. Tak mustahil dengan pendapatan yang rendah berupaya untuk menjana harta bernilai 6juta.

Pada akhirnya, ia terpulang kepada anda untuk mencapai sasaran dan matlamat.

P.s. Artikel ini di kemaskini setiap masa. Jika anda tidak ingin ketinggalan, anda boleh mengisi borang newsletter kami di atas.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*